CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Dan Segala anak Melayu Jangan Kau BUNUH

Melainkan DOSANYA DERHAKA Kerana segala

Anak Melayu itu Tanahmu Air dan Tanah Bangsa mu

Hormatilah Orang Berilmu Orang yang Setia pada Bangsa

Betapapun tidak setujunya Melayu hanya BESAR

pada Kebebasan Dengan Percaya ia BEBAS dan Besar

Laut dan Pantai Semenanjung ini Dipulau-pulau Riau,

Kedah dan PAHANG Kelang dan Muar ialah Tanah dan

Air Bangsamu Kau Besar dan Raja padanya Dipelabuhan kita

seluruh Dunia bertemu Bahasa kita difikirkan Adat Kita Akarnya

Followers

flash vortex

Sunday, November 7, 2010

BANTUAN BANJIR – KERAJAAN KEDAH PILIH KASIH

Gempar wawancara Tv3 kerajaan Kedah pilih kasih dalam penyampaian bantuan banjir. ejen-ejen kerajaan negeri hanya memberi bantuan kepada ahli-ahli mereka sahaja. Mereka yang bukan ahli dipinggirkan.

READ MORE

3 comments:

Anonymous said...

Akum kepada semua beragama islam dan Salam Satu Malaysia serta Salam Persahabatan kepada semua warga Negara Malaysia. Salam kisah banjir kat Kedah ini banyak putar belik fakta PAS bagi menutup kelemahan pemimpin mereka.

Bagi saya yang terlibat dengan banjir di Kawasan Alor Setar menghadapi suasana yang agak teruja dan menyedihkan kerana kami masih menentap kat rumah. Mula kesan kami menerima banjir pada Hari Rabu 4 Nov hingga 6 November 2010 (Sabtu). Bekalan air putus mendadak bermula Hari Selasa. Kami talipon memeinta bantuan bekalan air nermula pada Hari Rabu 3 November tetapi hampa, alasan diberi lori tunggu giliran isi air nak hantar dah lagi 1 jam sampai, talipon lagi jawapan terlewat sikit tunggu 1 jam lagi begitulah jawapannya. Talipon lagi maaf Encik saya baru ganti tadi orang lain En. Kena bagi nama, alamat nombor talipon sekali lagi dan seterusnya tetapi air tak kunjung tiba.

Kelibat Pemimpin Negeri tiada langsung, cuma yang datang kenderaan pancuan 4 roda dan bila minta bantuan depa sengeh ronda mundar mandir. Banyak salah gunakan kenderaan jabatan meronda makan angin kerana free. Ada setengah kakitangan awam guna kenderaan Jabatan angkut keluarga pagi bawa pergi mandi dan ambil air, tengahari, petang dan malam. Bila kami minta tolong kami tak boleh kami banyak kerja. Itulah alasannya, begitu juga pernah minta bantuan sebuah kereta pancuan 4 roda pihak polis cuma senyum saja tiada bantuan diterima.

Macam-macam jabatan termasuk JKR, Pejabat Tanah, daerah, wisma negeri dan sebagai. Jawapannya guna kenderaan ini meronda dan makan angin, bila minta bantuan tak boleh alasan itu dan ini. Tetapi hakikatnya sama syok-syok dan ronda. Malanglah kiranya puak ini bukan saja makan angin bahkan dibayar elaun lebih masa san lain-lain elaun. Duit siapa? dan harta siapa?.

Memang tepatlah apa yang saudara terdahulu menulis, memang pemimpin bergelar ustaz ini tak boleh dipercayaai. Hanya megah pembohong dan pendusta serta modal untuk kaut untung dunia dan paling ketara kita lihat MB Kedah berpura-pura dan kaki tidur.

Kami terpaksa guna air bendang dan air hadapan rumah untuk kegunaan harian. Nikmatnya hanya orang yang alami saja yang tahu. Itu cuma kami minta air sahaja dan kalau kena bayarpun kami sanggup bayar asalkan dibekalkan itulah lauahan sahabat saya. Malangnya semasa kempen bukan sahaja air bahkan api didepanpun mereka boleh sampai?. Bila kami susah, batang hidung pun tak nampak. Jelas ini pemimpin harga tak ternilai seduit pun cakap orang kedah.

Apapun kami berharap agar Tuhan tunjukkan kekalahan memalukan pada PRU13 kepada Pemimpin PAS Kedah sebagai mereka memalukan dan membohongi kami semua. Amin Ya Robbal Alamin.

Anonymous said...

Suasana banjir 2010 sangat buruk dikawasan Utara. Kami terkepung dan mengelami banjir. Kami memohon bantuan bekalan air bersih kerana bekalan air dihentikan. Berapa kali memohon dan talipon tak terkira dari pagi hingga malam. Mereka mengambil nama nombor talipon, alamat. Jawapan lori tengah beratur isi air, sejam lagi. kami orang baru beri sekali lagi maklumat terperinci itulah kami terima.

Kelibat pemimpin , tiada kelihatan. Apa nak harapkan makanan lain air sekalipun tak dihantar. Mundar mandar kenderaan jabatan pancuan 4 roda dan lori2. Paling tepat istilah makan angin kerana bukan senang menikmati kemudahan percuma dan panorama dan filem real. Mcm ragam agam gunakan kenderaan jabatan untuk bawa keluarga melancong makan angin menikmati penorama indah kerana minta belas ehsan untuk tumpang cari air tapi hampa. Tak mahu ceritakan jabatan mana dan kenderaan mana tetapi hampir semua kenderaan jabatan kelihatan tetapi tiada manafaat mangsa banjir.

Alternatif terakhir kami ambil, guna air bendang dan hadapan rumah untuk kegunaan harian. Tiada pilihan. Warna air sangat boleh tahan.Maaf, bukan mengata tetapi hakikatnya, muka-muka kempen pilihanraya tak nampak kelibatnya. Janji dahulu seperti intan permata. Tetapi bila kami susah batang hidungpun tak nampak, lebih tepat omongan kosong dan retorik semata-mata.

Tiada exco, tiada MB, tiada ADUN Kawasan, Pemimpin Pas Kampung.. ertikata sebenar mereka khidmat dengan bini dan keluarga gaji free bukan sahaja bohong sesama mhkluk tetapi dengan Tuhan.Maklumlah MB Kedah pukul 9.00 malam dah kena peluk bini, 2 katatan dan nafsunya ahemmm. Hebat tuuu.

Apasalahnya sekali jenguk masalah rakyat. Itu amanah dan kehendak serta permintaannya. Jika mereka tak terkial-kial, rayu pohon simpati kami pun tak terbulok kerana janji merekalah terhebat dan sanggup terima pembalasan Tuhan nanti jika mereka bohong dan ingkar.Kalau dulu bukan saja air, malah api lautan sanggup mereka datang kini air mengapa tidak boleh????

Itulah pengkhianatan pada negara dan agama. Jumpa sambungan nanti.

Anonymous said...

kalau benar bagai di kata tak baik lah kerajaan kebajikan buat gitu. kalau negeri yg dibawah BN semua rasa tak de plak pembangkang di pinggirkan. yang bukan menyokong juga rakyat yang memerlukan bantuan. ini kah perjuangan PAS?
rakyat kena pk sendiri yang mana baik dan sebaliknya. DS Najib dalam keadaan tidak sihat masih lagi dok pk tentang rakyat. kalau nak kira Kedah bukan di bawah BN tapi sebagai pemimpin tetap juga beliau meminta agar bantuan disalurkan dengan segera tanpa mengira fahaman politik. awat lah PAS ni kadang macam kera mendapat bunga, kaduk naik junjung pun ada.yang ianya depa ni memang tak tau nak buat reja.