CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Dan Segala anak Melayu Jangan Kau BUNUH

Melainkan DOSANYA DERHAKA Kerana segala

Anak Melayu itu Tanahmu Air dan Tanah Bangsa mu

Hormatilah Orang Berilmu Orang yang Setia pada Bangsa

Betapapun tidak setujunya Melayu hanya BESAR

pada Kebebasan Dengan Percaya ia BEBAS dan Besar

Laut dan Pantai Semenanjung ini Dipulau-pulau Riau,

Kedah dan PAHANG Kelang dan Muar ialah Tanah dan

Air Bangsamu Kau Besar dan Raja padanya Dipelabuhan kita

seluruh Dunia bertemu Bahasa kita difikirkan Adat Kita Akarnya

Followers

flash vortex

Saturday, February 19, 2011

JOM KITA JADIKAN KERDAU DAN MERLIMAU SIAPA LEBIH MESIR


Bawalah semangat Mesir, Tunisia itu keKerdau dan Merlimau. Jika rakyat menolaknya bermakna  Pakatan  Pembangkang sedang dibuai hayalan. Jika semangat Mesir dan Tunisia itu datang dari Pakatan maka  BN pun akan menyambutnya dengan semangat Mesir dan Tunisia juga. Sama-samalah kita beradu siapa lebih Mesir. Siapa yang Berjaya itulah sebenarnya lebih ‘Mesir’. Pihak yang kalah adalah Mubarak.

READ MORE >>>


KEMATIAN SEORANG PENYELUDUP - SIASAT DAKWAAN HUSAM MUSA



Seorang penyeludup beras berasal dari Pengkalan Kubur, Kelantan  telah ditangkap oleh Unit Pencegah Penyeludupan  (UPP)  sedang menyeludup beras dari Thailand pada jam 9.00 pagi  18 Febuari 2011 (Jumaat). Mengikut kenyataan Husam Musa penyeludup tersebut sedang menyeludup 500 kilo beras yang dimuatkan dalam kereta kancilnya.


READ MORE>>>

Friday, February 18, 2011

PAS TIDAK HAIRAN - SELAMAT JALANLAH PKR !


Mengapa jadi begitu ?. Tidak lain kerana PKR menunjukan kelemahannya dari berbagi sudut yang terdedah kepada umum. Bila semua pihak sedar akan kelemahan PKR maka kura-kura pun mengambil peluang meniti diatas sebatang nyior yang condong.


READ MORE >>>


MCA PUPUS PADA PRU 13



Sikap UMNO terhadap terhadap MCA mengecewakan masyarakat China hingga menyebabkan  mereka tidak menyokong parti itu langsung jadi lemah tidak bermaya. MCA telah memisahkan dirinya dari Dong Jiao Zong ( Gabungan Persektuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah China Malaysia) dan mahu menghapuskan sistem pendidikan Sekolah China.


READ MORE >>>


Thursday, February 17, 2011

MERLIMAU PAS TANDING UNTUK KALAH LAGI


Kenyataan pimpinan Pas pusat itu, akan memberi kesan buruk kepada calon yang bertanding kerana didokong oleh kepimpinan yang tidak begitu serius untuk menang. Sedangkan calon yang bertanding bermati-matian. Ini kes menginaya calon seperti  yang berlaku diTenang.





Wednesday, February 16, 2011

HANGIT - ANWAR REBAH TERPIJAK KULIT PISANG SALAHKAN BATIK


Jika DS Anwar mengatakan orang Indonesia bilang batik Malaysia ini jelek adalah pembohongan semata-mata. Itu hanya satu rekaannya sahaja yang menunjukan kenyataannya itu ada sokongan dari rakyat Indonesia. Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan kenyataan Anwar ini hingga boleh jadi besar antara dua negara.


Tuesday, February 15, 2011

PRO PAKATAN KATA ELUK ANWAR DIPENJARA SEKALI LAGI ?- MESTI BACA !!!


Sebagai penulis yang mencari kebenaran, mereka tidak kira dimana mereka berada. Kebenaran diutamakan. Perjuangan rakyat didahulukan. Jika pemimpin sudah tersasar dari kebenaran dan tidak berfikir tentang rakyat sebaliknya hanya sibuk berkira tentang diri sendiri, penulis tidak lagi dapat mengesan keikhlasan seorang pemimpin dengan radar hati dan pemikirannya maka sebagai pejuang menerusi mata pena akan meninggalkan perjuangan yang tidak suci lagi itu.  Mesti baca

KERDAU- MERLIMAU SPR ADAKAN SERENTAK ?


Kalau begitu serentaklah dengan Merlimau?.  Ya..ya.. bagus serentak. Cepat selesai masalah. Dua-dua itu kubu kuat BN. Bagus juga uji sekali lagi jentera BN. Jika Merlimau kalah,  Datuk Wira Ali Rustam cari pintu keluar.  Jika Kerdau kalah Datuk Seri Adnan  Yaakob pula cari tingkap keluar !.




Monday, February 14, 2011

ANWAR KEBAL DARI SEKATAN KELUAR NEGARA


Desakan supaya DS Anwar tidak dibenarkan keluar masuk negara dengan bebas oleh berbagai pihak ada kewajarannya. Kerajaan tidak harus mengamalkan double standard dalam melaksanakan undang-undang kerana beliau seorang tokoh pembangkang maka kerajaan tidak perlu bertegas. Jika rakyat biasa sudah pasti tidak dapat sebebas itu.


READ MORE


SISTEM KUOTA BARISAN NASIONAL KARUT – DR CHUA SOI LEK


Tidak bermakna jika mana-mana parti anggota BN menuntut lebih jumlah kerusi tetapi kemenangan adalah amat sedikit seperti PRU 2008. Trend komponen BN menuntut kerusi lebih itu boleh dibuat pada masa lampau kerana BN berada dalam suasana dominan. Ada sesetengah kawasan calon letak songkok pun boleh menang.



Sunday, February 13, 2011

TRANSFORMASI POLITIK UMNO-BN MESTI MENDAHULUI ZAMAN


Jika ia dapat diubah maka sudah masuk fasal transformasi politik Negara itu sendiri. Adakah mereka memahami ciri-ciri transformasi  politik selain dari turun padang, mendekati masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat?.


READ MORE


KELANTAN - BN BOLEH MENANG JIKA SUARA HATI DIDENGARI !


Kelantan adalah satu-satunya negeri dimana penduduk jangka totalnya besar tinggal dilingkungan luar Kelantan samada dalam bidang bisnes dan pekerjaan. Semasa PRU mereka pulang mengundi kenegeri itu. Kadang kala, tindakan yang kasar dari penguat kuasa  DBKL terhadap penjaja kecil, warong Tom Yam diKuala Lumpur merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi undi di negeri Kelantan.


READ MORE